Prestariang berkata, jumlah tuntutan itu dikira berdasarkan formula kontrak yang disediakan di dalam perjanjian konsesi (CA) yang te­lah dipersetujui oleh kerajaan.

Katanya, pihak-pihak yang terlibat telah mengadakan beberapa siri rundingan tetapi tidak dapat mencapai penyelesaian yang baik bagi perkara berkenaan.

“Sebagai usaha terakhir, Lembaga Pengarah Prestariang kini terpaksa mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan pembayaran kontraknya,” katanya dalam kenya­taan kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Di bawah CA tersebut, PSKIN sepatutnya mene­rima bayaran berjumlah kira-kira RM3.5 bi­lion untuk tempoh selama 15 tahun tertakluk kepada keseluruhan perbelanjaan modal yang dibiayai secara persendirian oleh PSKIN.

Pembayaran kepada PSKIN oleh kerajaan hanya akan bermula selepas SKIN sepenuhnya beroperasi.

PSKIN memperoleh konsesi 15 tahun pada 9 Ogos 2017 untuk mereka bentuk, menyampaikan, mengekalkan secara berterusan dan menyediakan peningkatan yang dijadualkan untuk sistem kawalan imigre­sen dan pemeriksaan sempadan yang baharu untuk Jabatan Imigresen Malaysia.

Ia sebagai menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMS) yang sedia ada dengan fungsi tambahan.

PSKIN telah menjalankan kajian teknikal meluas bagi projek itu sejak tahun 2014 dan sejumlah besar perbelanjaan telah ditanggung oleh pihak syarikat

“PSKIN juga telah memeterai ba­nyak kontrak dengan pihak ketiga untuk melaksanakan projek SKIN.

“Dalam tuntutan undang-undang yang dikemukakan, PSKIN menerangkan bahawa terdapat peruntukan jelas dalam CA tersebut yang menjelaskan kewajipan kerajaan Malaysia sekiranya projek tersebut ditamatkan secara sebelah pihak dengan cara pengambilalihan.

“Prestariang ingin menegaskan di sini bahawa PSKIN tidak pernah melanggar CA berkenaan,” jelasnya.

CA tersebut ditamatkan oleh kerajaan dengan cara pengambilalihan berkuat kuasa 22 Ja­nu­ari lalu.

Jumlah tuntutan dikira berdasarkan formula kontrak dalam CA

Tidak dapat mencapai penyelesaian

Di bawah CA itu, PSKIN sepatutnya menerima bayaran 
RM3.5 bilion

PSKIN memperoleh konsesi 15 tahun pada 9 Ogos 2017

PSKIN tidak pernah melanggar CA