Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, sehingga kini sebanyak 75 cawangan Proton yang baharu dan dinaik taraf telah beroperasi di seluruh negara.

Katanya, jumlah tersebut adalah selari usaha Proton untuk meningkatkan pengalaman pemilikan produknya. Untuk mengembangkan lagi perniagaan kami, kami memerlukan cawangan 3S/4S yang lengkap untuk beroperasi. 

“Ini adalah penting kerana kami perlu memudahkan pelanggan untuk berkunjung ke cawangan kami bagi keperluan jualan dan servis yang diperlukan.

“Kami faham pelanggan merupakan keutamaan dalam keseluruhan perniagaan kami jadi setiap keputusan yang diambil adalah untuk memastikan kepuasan pelanggan yang optimum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE