LCC adalah firma yang berpangkalan di Korea Selatan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Lotte Chemical Titan berkata, kemudahan petrokimia berskala besar terletak di Lake Charles, Louisiana itu merangkumi dua kemudahan pengeluaran yang boleh mengeluarkan satu juta tan etilena dan 700,000 tan monoetilena glikol setahun.

Projek berkenaan, yang mencapai operasi tepat masa dan menepati belanjawan, didorong rekod prestasi pengetahuan teknikal dan kemahiran pengurusan projek yang cemerlang dimiliki LCC.

“Menerusi projek ini, Lotte Group gembira apabila syarikat petrokimia Korea pertama membangunkan dan mengoperasikan kompleks petrokimia di Amerika Syarikat.

“Ia akan memperluaskan kedudukan global Lotte Group dan menyumbang secara positif kepada kapasiti pengeluaran etilena dunia LCC yang akan mencecah 4.5 juta tan setahun, menjadikannya pengeluar etilena ketujuh terbesar di dunia serta pengeluar domestik terbesar,” katanya - BERNAMA