Bloomberg semalam melaporkan indeks FBM KLCI susut lebih satu peratus tahun ini manakala Singapura melonjak lima peratus dan Indonesia pula naik tiga peratus.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kadang-kala apabila prestasi saham negara asing naik, FBM KLCI akan turun dan apabila pasaran negara menokok, ada juga pasaran lain jatuh.

Beliau bagaimanapun akui Bloomberg dan media lain mempunyai hak untuk melaporkan sedemikian.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan Bloomberg mengenai Malaysia sebagai satu-satunya pasaran yang mencatat penurunan. - UTUSAN ONLINE