LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG 

Menteri Kewa­ngan, Lim Guan Eng berkata, ia sekali gus mengatasi tinjauan penganalisis pasaran yang sebelum ini mengunjurkan eksport jatuh 0.6 peratus tahun ke tahun.

Beliau berkata, selain jumlah eksport meningkat, peningkatan lebihan dagangan yang naik kepada RM11.5 bilion pada bulan sama juga merupakan permulaan yang baik untuk tahun ini bagi ekonomi negara.

“Negara mencatatkan lebihan dagangan yang lebih tinggi daripada konsensus pasaran sebanyak RM9 bilion, walaupun perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat masih belum diselesaikan.

“Lebihan dagangan yang tinggi ini merupakan permulaan yang baik untuk tahun ini bagi ekonomi negara kerana ia membantu memastikan supaya akaun semasa negara akan terus berada dalam keadaan lebihan bagi melindungi Malaysia daripada ketidaktentuan dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nilai eksport bagi Januari 2019 berjumlah RM85.4 bi­lion merupakan nilai yang tertinggi dalam sejarah Malaysia dan ia mengatasi rekod terdahulu iaitu RM82.8 Bilion yang dicatatkan pada bulan Januari 2018.

Selain itu, peningkatan import sebanyak satu peratus tahun ke tahun juga mencerminkan permintaan domestik telah berkembang dengan baik.

“Ini bercanggah dengan kebimbangan deflasi yang ditimbulkan oleh sesetengah penganalisis pasaran,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuhan permintaan domestik yang sihat pada Januari membuktikan penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sebanyak 0.7 peratus tahun ke tahun dalam bulan yang sama bukanlah dise­babkan permintaan berkura­ngan.

“Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, penurunan IHP pada Januari adalah didorong oleh dasar-dasar kerajaan iaitu penstabilan harga minyak yang menyalurkan penjimatan yang diperoleh apabila harga petrol menurun terus kepada pengguna.

“Pada masa sama, ia melin­dungi mereka semasa harga minyak melambung tinggi me­lalui penggunaan mekanisme harga siling dan juga penggantian cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST),” katanya.