Kenanga Research dalam nota hari ini berkata, syarikat itu mencatatkan penurunan CNP 39 peratus tahun ke tahun sebanyak RM107 juta, lebih rendah daripada jangkaan.

“Bagaimanapun, kami percaya syarikat akan pulih selepas mengalami kemerosotan jangka pendek untuk meraih keuntungan jangka panjang,” katanya.

Bagi tahun kewangan 2020 dan 2021, syarikat dijangka pulih berikutan harga aluminium telah kembali pulih ke paras AS$300 (RM1,252) kepada AS$305 (RM1,272.92) satu tan metrik pada pertengahan Julai daripada AS$417 (RM1,740.35) satu tan iaitu paras tertinggi tahun ini.

Sementara itu, Affin Hwang Capital berkata, pendapatan syarikat akan meningkat semula pada separuh kedua tahun ini disebabkan harga aluminium lebih rendah yang akan meningkatkan margin keuntungan.

Ia juga berkata, risiko utama dihadapi syarikat adalah harga aluminium yang turun naik dan kelembapan ekonomi global mengurangkan permintaan terhadap aluminium.

Pada 10.10 pagi ini, saham Press Metal susut empat sen kepada RM4.77 dengan 19,000 saham didagangkan. - BERNAMA