Pengasas mari-mari home dan Unity Kitchen Sdn. Bhd. (Unity Kitchen), Erny Looi Chee En berkata, empat jenama itu ialah Delux Stainless Steel Sdn. Bhd. (Delux), SENZ Marketing (M) Sdn. Bhd.(SENZ), Unity Kitchen dan Korea Wallpaper (HQ) Sdn. Bhd. (Korea Wallpaper).

Menurut beliau, platform mari-mari home diwujudkan bagi membolehkan para pelanggan menikmati pakej hebat yang ditawarkan oleh setiap jenama atau syarikat yang mengambil bahagian.

“Antara produk yang boleh didapati menerusi platform ini seperti pintu pagar automatik, pintu keselamatan, sistem bumbung, kelengkapan serta kabinet dapur, almari pakaian dan kertas dinding.

“Buat masa ini mari-mari home bermula dengan empat jenama dan akan menambah lebih banyak jenama terkemuka pada masa depan,” katanya dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE