Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Noor Azmi Mat Said berkata, kira-kira 69 peratus daripada jumlah itu menyatakan kesediaan mereka untuk memanfaatkan teknologi tersebut.

Katanya, kese­daran mengenai In­dustri 4.0 dalam kalangan PKS masih di tahap sederhana dan ia me­rupakan satu kerugian kerana dengan teknologi terkini, perniagaan mampu bergerak lebih pantas dan efisien.

NOOR AZMI MAT SAID
NOOR AZMI MAT SAID 

“Sementara itu, 62 peratus me­ngakui mereka tidak berpengetahuan dan berkemahiran manakala 45 peratus menyatakan terdapat kekurang­an dana dan sokongan,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.

SME Corp. telah membelanjakan seba­nyak RM217.33 juta bagi melaksanakan 28 program berkaitan teknologi serta inovasi pada 2018 yang memanfaatkan 37,429 PKS.

Program tersebut berjalan di bawah ini­siatif Penggunaan Inovasi dan Teknologi yang digariskan dalam laporan tahunan Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA), SME Corp.

Berdasarkan laporan SMEIPA untuk 2018, sejumlah 151 program pembangunan PKS telah dirancang dan 613,576 PKS dijangka mendapat faedah daripadanya.

Noor Azmi berharap Belanjawan 2019 yang memperuntukkan sebanyak RM7.12 bilion untuk pelbagai inisiatif yang menyokong Industri 4.0 dan pendigitalan akan menyediakan juga sokongan yang perlu bagi PKS.

Minggu lalu, SME Corp. dan Huawei Technologies (M) Sdn. Bhd. menerbitkan kertas putih yang merupakan sebahagian daripada serahan di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada November 2017.

Pada Jun lalu, SME Corp. dan Huawei Malaysia menaja satu kajian ke atas 2,033 PKS merentasi semua wilayah dan sektor terma­suk perkhidmatan, perkilangan, pembinaan dan pertanian untuk melihat sejauh mana penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sektor-sektor itu.

Kajian itu juga bertujuan melihat pemacu dan halangan dalam transformasi digital melalui kaca mata PKS di Malaysia, yang melibatkan kaji selidik oleh International Data Corporation dan satu konsortium terdiri daripada universiti-universiti tempatan.