Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, peningkatan itu didorong oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengimbangi impak daripada jualan rendah terutama gas asli cecair (LNG).

Katanya, keuntungan selepas cukai (PAT) Petronas naik 22 peratus kepada RM55.3 bilion berbanding RM45.5 bilion pada 2017.

Pada masa sama, beliau mengumumkan syarikat itu akan membayar dividen sebanyak RM54 bilion kepada kerajaan termasuk RM30 bilion dalam bentuk dividen khas di bawah Belanjawan 2019.

“Jumlah aset meningkat kepada RM636.3 bilion setakat 31 Disember 2018 daripada RM599.8 bilion dicatatkan pada 2017,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE