Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pihaknya akan memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) yang lebih besar untuk projek-projek di Kanada hingga Brazil selepas harga minyak kembali pulih dan penyiapan projek penapisan dan petrokimia.

Petronas pada minggu lalu bersetuju untuk membeli kepentingan dalam dua lapangan luar pesisir di Brazil sekali gus mengembangkan portfolio di wilayah Amerika.

“Terdapat banyak peluang baharu untuk kami dalam dunia ini. Peralihan fokus ini tidak bermakna syarikat akan meninggalkan negara asalnya kerana masih banyak projek yang telah dirancang untuk Malaysia termasuk meningkatkan perbelanjaan dalam tenaga boleh diperbaharui,” katanya. - BLOOMBERG