Menurut laporan Channel NewsAsia yang memetik AFP, penemuan di Sumatra Selatan itu disifatkan sebagai penemuan gas terbesar di Indonesia dalam tempoh 18 tahun dan merupakan satu daripada 10 yang terbesar di dunia dalam tempoh 12 bulan lalu.

“Penemuan ini dibuat di blok Sakakemang di Sumatra Selatan, yang mana Repsol sebagai operator memiliki 45 peratus kepentingan kerja,” katanya.

Daripada jumlah itu, 45 peratus dimiliki Petronas manakala Moeco pula 10 peratus.

Repsol menganggarkan telaga itu mempunyai sekurang-kurangnya 57 bilion meter padu sumber yang boleh diperoleh semula. - AGENSI