PTTEP HKO ialah anak syarikat milik penuh PTT Exploration and Production Public Company Ltd. (PTTEP) dan Petronas Carigali merupakan anak syarikat milik penuh Petronas.

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata PTTEP HKO akan menjadi operator bagi kedua-dua blok, dengan kepentingan penyertaan sebanyak 55 peratus bagi Blok PM407 dan 70 peratus bagi Blok PM415, manakala Petronas Carigali memiliki baki 45 peratus dan 30 peratus masing-masing di blok berkenaan. - BERNAMA