KUALA LUMPUR 08 MAC 2019 - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkif­lee Wan Ariffin (gambar) berkata, ia termasuklah RM30 bilion dividen khas di bawah Belanjawan 2019 dan dividen RM24 bilion berban­ding RM16 bilion pada 2017.

Komitmen dividen keseluruhan syarikat minyak dan gas negara sebanyak RM54 bilion itu bagi membantu kerajaan membayar tunggakan bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan sebanyak RM37 bilion.

Menurut beliau, Petronas mencatatkan peningkatan per­olehan sebanyak 12 peratus kepada RM251 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 berbanding RM223.6 bilion tempoh sama tahun lalu.

Katanya, peningkatan itu didorong oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengimbangi impak daripada jualan rendah terutama gas asli cecair (LNG).

“Keuntungan bersih mening­kat sebanyak 22 peratus kepada RM55.3 bilion daripada RM45.5 bilion pada 2017 susulan soko­ngan perolehan yang tinggi.

“Syarikat merekodkan prestasi kewangan kukuh pada 2018 disokong oleh usaha berterusan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kecemerlangan komersial,” katanya ketika me­ng­umumkan prestasi kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Di­sember 2018 di sini hari ini.

Aliran tunai daripada aktivi­ti operasi meningkat kepada RM86.3 bilion naik 14 peratus daripada RM75.7 bilion pada 2017.

Jumlah aset Petronas turut meningkat kepada RM636.3 bilion setakat 31 Disember 2018 daripada RM599.8 bilion yang dicatatkan pada tahun sebe­lumnya.

Dalam perkembangan lain, Wan Zulkiflee berkata, Petronas akan terus berbincang dengan Sarawak Petroleum Bhd (Petros) dan negeri-negeri pengeluar minyak yang lain mengenai kaedah pengaturan kerja.

“Ini terkandung dalam skop Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Kami akan menunggu hasil perbincangan itu,” kata­nya.

Menurut laporan, Petronas dan Petros milik kerajaan negeri Sarawak kini dalam perbinca­ng­an mengenai pengaturan kerja yang boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak.