2019, peningkatan 29.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu sebanyak RM2.65 bilion.

Menurut DRB-Hicom, prestasi itu membolehkan kumpulan mencatat untung pra-cukai bernilai RM146.72 juta bagi suku tersebut berbanding kerugian pra cukai bernilai RM94.4 juta tahun lalu.

Katanya, pemulihan itu telah didorong amnya dari prestasi baik sektor automotif kumpulan.

“Perniagaan automotif DRB-Hicom dijangka kekal berdaya tahan bagi tahun semasa, dibantu penerimaan baik pasaran terhadap model-model Proton, serta pelancaran model baharu oleh jenama lain,” katanya dalam kenyataan di sini.