Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua menjual sebanyak 227,243 kenderaan pada 2018, yang merupakan pencapaian jualan tahunan tertinggi dalam sejarahnya.

Katanya, bagi separuh pertama 2019, Perodua menjual kira-kira 121,800 kenderaan, peningkatan empat peratus daripada 117,100 buah yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh permintaan memberangsangkan meliputi semua model.

“Dari Januari hingga Jun 2019, sebanyak 190,765 tempahan telah diterima, iaitu peningkatan lebih tiga peratus daripada 184,949 tempahan dalam tempoh sama tahun lepas.

“Peningkatan permintaan itu memberi kesan positif terhadap ekosistem automotif secara keseluruhan, dengan pembelian komponen berjumlah RM2.7 bilion dalam tempoh berkenaan,” katanya ketika mengumkan prestasi Perodua separuh pertama 2019 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE