-

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, terdapat pelbagai tawaran menarik untuk kende­raan baharu termasuk tawaran istimewa untuk e-hailing, pelajar dan graduan.

Menurut beliau, ter­dapat juga tawaran selepas jualan bagi pakej dan kit badan GearUp, pelincir, alat ganti dan aksesori.

“Karnival seperti ini memberi kami peluang untuk mendekati para pelanggan bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka dengan lebih mendalam. Kami berbesar hati untuk bertemu para pengunjung sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung.

“Kejayaan Perodua selama ini adalah hasil sokongan berterusan dari rakyat Malaysia. Oleh itu, sekarang adalah masa terbaik untuk menjadi pelanggan Pero­dua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zainal Abidin, seluruh rangkaian produk dan perkhidmatan Perodua akan turut berada di sana antaranya Perodua Total Protect Plus, kenderaan pramilik Perodua (POV), aksesori dan koleksi GearUp, alat ganti, minyak tulen Perodua dan program kese­tiaan pelanggan, UFirst.

Katanya lagi, pihak institusi kewangan dan insu­rans akan berada di sana untuk memudahkan proses pembelian.

“Para pengunjung juga boleh membuat temu janji servis, memeriksa kenderaan dengan Tweckbot secara percuma, memandu uji model-model terkini, demonstrasi sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA), mengetahui sejarah 26 tahun Pe­ro­dua dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menyeronokkan.

“Kanak-kanak pasti akan menyukai bungee trampolin, aktiviti mewarna model tanah liat, perlumbaan realiti maya (AR) dan aktiviti drift basikal roda tiga. Terdapat juga persembahan dan penampilan khas artis-artis terkenal seperti Bunkface, Aman RA, Naim Danial dan ramai lagi,” ujarnya.

MYPerodua Nation merupakan karnival terbesar Perodua yang diadakan setiap tahun bermula 2017 di Shah Alam dan Sungai Petani, Kedah pada tahun lepas.