Sebanyak dua juta saham telah didagangkan sejak ia mula disenaraikan pada awal pagi dagangan di Bursa Malaysia.

MMIS memperuntukkan sehingga 50,000,000 saham biasa baharu dengan mewakili 10 peratus daripada modal saham diperbesarkan kepada pelabur pada harga 10 sen sesaham, sebagai usaha untuk menjana sehingga RM5 juta. Ekoran penyenaraian tersebut, MMIS akan memiliki permodalan pasaran sebanyak RM50 juta.

Syarikat pengeluar peralatan kejuruteraan ketepatan dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan multinasional dalam rangkaian industri semikonduktor dan juga untuk memenuhi keperluan pelbagai pelanggan industri serta ia tidak terhad kepada bidang perubatan, kejuruteraan, pembungkusan elektronik, minyak dan gas, janakuasa serta automotif.

Pengarah Urusan MMIS, Loh Chin Soon berkata, industri kejuruteraan ketepatan di Malaysia telah menunjukkan prospek pertumbuhan yang baik. Melalui portfolio pelanggan dan aset yang kukuh, pihaknya berkeyakinan bahawa MMIS akan berada pada kedudukannya yang baik untuk berdepan dengan pertumbuhan industri untuk jangka masa panjang.

“Penyenaraian ini akan membolehkan misi MMIS tercapai untuk menjadi peneraju pengeluar dan menjadi penyelesai utama dalam industri fabrikasi logam ketepatan di Malaysia serta juga di rantau ASEAN,” kata Loh pada majlis pelancaran logo korporat baharu dan misi serta visi syarikat dengan nilai terasnya.

Beliau menambah, pihaknya bercadang untuk menggunakan sebahagian daripada hasil penyenaraian dan pinjaman bank, digunakan untuk meluaskan kemudahan sedia ada dan menambah keluasan kawasan pengeluaran melalui pembelian terbaharu syarikat membabitkan keluasan seluas 4,252 meter persegi (1.05 ekar) tanah bersebelahan dengan kemudahan pengeluaran sedia ada syarikat sebagai usaha untuk menambah keluasan ruang produksi 32,400 kaki persegi kepada 66,600 kaki persegi menjelang akhir tahun 2020,

MMIS berkata peralatan syarikat juga berkemampuan untuk memenuhi pelbagai keperluan spesifikasi yang membenarkan ia meluaskan penawaran kepada pelanggan sedia ada dan juga kepada pelanggan baharu, dalam masa yang sama, ia juga akan dapat menguasai pelbagai industri untuk menarik minat pelanggan baharu.