Namun, tahap keyakinan itu paling rendah dalam tempoh tiga bulan, kata Nikkei Malaysia Manufacturing PMI dalam nota penyelidikan hari ini.

"Jangkaan terhadap output bagi 12 bulan akan datang kekal positif di sebalik mencatatkan penurunan sejak Januari. Kekukuhan ekonomi para pengeluar barangan Malaysia menurun buat lima bulan berturut-turut pada Februari, dengan terus menyaksikan penurunan dalam output dan juga tempahan baharu.

"Tahap penggajian terhenti, manakala caj-caj output tidak meningkat buat pertama kali dalam lapan bulan berikutan kos operasi turun sedikit. Kemerosotan jualan pengeluaran menyebabkan syarikat mengurangkan aktiviti belian dan inventori," katanya.

Joe Hayes, pakar ekonomi di IHS Markit yang mengumpulkan kaji selidik itu berkata, data Februari menunjukkan ekonomi pembuatan Malaysia menguncup, mencerminkan pengeluaran dan jualan akan terus mencatatkan penurunan.

"Tempahan baharu mencatatkan kemerosotan paling ketara dalam sejarah kaji selidik, dengan para panelis melaporkan asas permintaan tidak memberangsangkan.

"Prospek pembuatan dalam tempoh terdekat dilihat kurang memberangsangkan berikutan firma-firma memilih untuk mengekalkan jumlah tenaga kerja, menurunkan skala input belian dan mengurangkan inventori, menunjukkan firma-firma akan meneruskan pengurangan pengeluaran," katanya. - BERNAMA