"Tetapi mereka perlu mengemukakan strategi mereka sendiri," katanya kepada pemberita semasa Forum Pelaburan bersempena ulang tahun ke-10 Nomura Islamic Asset Management di sini hari ini.

Shahril semalam memberitahu syarikat penerbangan nasional berkenaan perlu mengatur pelan strategiknya sendiri untuk bersaing dalam industri penerbangan serta menghasilkan keuntungan.

Syarikat penerbangan tersebut sedang berusaha bagi mengukuhkan strategi perniagaan sedia ada dan akan mengeluarkan cadangan baharu.

Dana kekayaan kedaulatan negara itu, yang mengambil alih Malaysia Airlines pada 2014, telah menyuntik sebanyak RM6 bilion ke dalam syarikat itu bagi membantunya mencatatkan keuntungan kembali selepas ia terjejas akibat kemerosotan nilai ringgit dan harga minyak jet yang melonjak.

"Kami masih menunggu pembentangan strategi mereka," katanya.

Sementara itu, menurut Shahril, Khazanah adalah komited untuk menyampaikan sejumlah RM1 bilion dalam bentuk dividen kepada kerajaan walaupun berhadapan dengan persekitaran ekonomi makro yang mencabar.

Beliau, bagaimanapun enggan mengulas mengenai dana tambahan yang boleh dikumpulkan Khazanah melalui pengurangan penglibatannya di peringkat global dan pengecilan pegangan di kawasan yang tidak strategik. - BERNAMA