Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koh Mei Lee berkata, pawagam premium tersebut merupakan yang ketiga dibuka di negara ini selapas GSC di Paradigm Mall, Johor dan 1 Utama, Petaling Jaya.

“Penonton ditawarkan pengalaman baharu semasa menonton filem menerusi 21 kesan khas antranya getaran, pergerakan, angin dan pencahayaan.

“Selain itu, tempat duduk penonton juga turut dilengkapi dengan sistem audio terbaharu Dolby Audio 7.1,” katanya pada majlis perasmian pawagan 4DX di GSC IOI City Mall, di sini hari ini.

Beliau berkata, GSC di pusat membeli-belah itu menyediakan 112 tempat duduk 4DX dan penonton boleh mendapatkan tiket melalui aplikasi dalam talian atau menerusi kaunter jualan.

Dalam pada itu Mei Lee turut memaklumkan, pihaknya bercadang untuk menambah rangkaian pawagam berkenaan bagi memudahkan capaian pelanggan sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengunjung.

“Kita bercadang untuk membuka satu lagi pawagam 4DX di GSC Mid Valley Southkey di Johor Bahru tahun ini.

“Selain itu kita juga akan memperkenalkan pengalaman tontonan baharu menerusi ScreenX iaitu paparan layar berkeluasan 270 darjah di kiri dan kanan bagi memberi tayangan menakjubkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE