Kini, pasukan Proton R3 (R3) di bawah divisyen perlumbaan Proton mencari pelumba wanita serta program mentor untuk satu pasukan perlumbaan yang akan bersaing di dalam siri Malaysia Speed Festival (MSF).

Ketua Pasukan Proton R3, Gary Lee berkata, dengan pelbagai kemenangan yang dimiliki, R3 kini berharap agar dapat berkongsi pengalamannya melalui Pencarian Pelumba Wanita MSF-R3 serta Program Mentor MSF-R3.

Katanya, ia bertujuan membolehkan pemandu dan pasukan perlumbaan Malaysia mendapat akses kepada pelbagai maklumat, pengurusan pasukan dan teknik pembangunan kereta yang akan membantu meningkatkan prestasi mereka dan seterusnya membawa mereka agar lebih cemerlang di peringkat kebangsaan.

"Ini juga merupakan peluang untuk mencari pelumba wanita yang berbakat dan mengembangkan karier mereka dengan membuka ruang kepada mereka masuk di bidang yang didominasikan oleh lelaki," katanya dalam kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE