Kompilasi data Bloomberg menunjukkan aliran masuk bersih dana asing pada minggu lalu berjumlah AS$84 juta (RM349.83 juta) yang mana ia merupakan jumlah tertinggi sejak pertengahan Januari tahun ini. Indeks KLCI FTSE Bursa Malaysia telah meningkat separuh melebihi kerugian lima peratus yang menjadikannya pasaran utama terburuk dunia.

Areca Capital Sdn. Bhd. mengatakan sudah tiba masanya untuk membeli dan pendapatan syarikat tidak mungkin akan menjadi lebih teruk lagi,

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Wong berkata, jika melihat kepada keputusan syarikat-syarikat korporat baru-baru terdapat penurunan gred dalam pendapatan, jangkaan terlalu rendah dan asas yang rendah.

“Kami mula memilih saham-saham sejak dua minggu lalu selepas meningkatkan tunai sejak permulaan tahun ini,” katanya yang membeli saham berkaitan pembuatan sarung tangan, syarikat berkaitan pengguna dan perkhidmatan digital.

Pemulihan pasaran itu akan menjadi rangsangan kepada usaha Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bergelut untuk membawa masuk pelabur sejak kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) setahun yang lalu. Sejak itu, lebih daripada AS$3 bilion (RM12.49 bilion) dana asing telah keluar dari pasaran di tengah-tengah perbelanjaan awam yang perlahan.

Kerajaan kini menunjukkan tanda-tanda mengurangkan pemotongan dan memulihkan kembali projek-projek mega. Pemotongan kadar faedah yang lebih banyak dan kejutan dalam pendapatan korporat seperti Telekom Malaysia Berhad dan Tenaga Nasional Berhad telah membantu sentimen pelabur.

Pelabur juga melihat ekuiti negara sebagai selamat dan mencari peluang untuk melepaskan diri daripada ketidaktentuan global susulan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada minggu lalu berkata, Malaysia mendapat manfaat daripada kepelbagaian dagangan serta penempatan semula perniagaan.

Menurut Guan Eng, isyarat terkini daripada data perdagangan menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada suku kedua.

Indeks Pembinaan Bursa Malaysia melonjak 35 peratus setakat tahun ini menjadikannya antara kaunter terbesar dalam pemulihan pasaran,

Menurut penganalisis RHB Investment Bank Berhad, Tay Yow Ken, pelaksanaan semula projek-projek infrastruktur berskala besar menjadi pemangkin kepada saham-saham pembinaan.

“Para kontraktor yang kami temui juga optimis terhadap prospek sektor pembinaan terutama 
pada separuh kedua tahun ini,” katanya. 
– BLOOMBERG