Kaunter hadapan minyak sawit mentah Amerika Syarikat (AS) West Texas Intermediate (WTI) turun 1.7 peratus atau 79 sen daripada dagangan ter­akhir hari sebelumnya kepada AS$45.75 (RM189.5) setong.

Minyak Brent pula susut 0.8 peratus atau 46 sen kepada AS$54.45 (RM225.95) setong petang ini.

Berdasarkan kaji selidik daripada respondan yang dijalankan Reuters pada Khamis, pengeluar utama Arab Saudi dijangka membuat potongan harga bagi minyak mentah bergred tinggi yang dijual ke Asia sehingga 50 sen setong pada Februari berikutan margin minyak yang berkurangan.

“Secara dasarnya, pasaran minyak mengalami tekanan da­ripada lonjakan dalam bekalan namun pertumbuhan permintaan dijangka perlahan di tengah-tengah pergolakan pasaran,” kata kaji selidik ber­kenaan.

Kelembapan di China dan kegawatan dalam pasaran saham dan mata wang menyebabkan pelabur gugup, termasuk pasaran ­mi­nyak.

Pengeluaran minyak AS ­berada pada paras 11.7 juta tong sehari pada akhir 2018, menjadikan AS pengeluar minyak terbesar di dunia.

Begitu pun, negara-negara lain tidak duduk diam, dengan pengeluaran Rusia mencapai rekod le­bih daripada 11 juta tong pada 2018.

Bekalan daripada Iraq, pengeluar nombor dua dalam kala­ngan Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), juga meningkat dengan eksport pada Disember melonjak kepada 3.73 juta tong sehari, naik daripada 3.37 juta tong sehari pada November. – Reuters