Menurut seorang peniaga, penurunan itu disebabkan oleh langkah drastik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dibuat semalam mengenai cadangannya untuk mengenakan tarif baharu ke atas import China.

“Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh pemulihan dalam harga minyak dan penyusutan ringgit berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Niaga hadapan minyak mentah Brent adalah lebih tinggi sebanyak AS$1.20 (RM4.99) sehingga mencecah AS$61.70 (RM256.49) setong manakala nilai ringgit jatuh kepada 4.1500 berbanding dolar AS pada pagi tadi daripada 4.1440 semasa ditutup semalam.

Dilaporkan Trump merancang untuk mengenakan tarif 10 peratus ke atas import China yang bernilai A$300 bilion (RM1.24 trilion) mulai 1 September 2019 dan berkemungkinan meningkatkan lagi tarif tersebut jika Presiden China, Xi Jinping gagal untuk bertindak balas bagi mendapatkan satu tawaran yang lebih baik.

Pada pukul 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 jatuh 19 sen kepada 538 sen sekilogram dan lateks pukal adalah lebih rendah sebanyak 9.5 sen kepada 445.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 menurun 8.5 sen kepada 541.5 sen sekilogram dan lateks pukal berkurangan sebanyak 9.5 sen kepada 442.00 sen sekilogram. - BERNAMA