Katanya, harga getah di Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) secara umumnya mempengaruhi pasaran tempatan, ditutup rendah berikutan niaga hadapan getah Shanghai yang lemah.

Pada pukul 12 tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi tayar gred SMR 20 merosot 2.5 sen kepada 541.5 sen sekilogram manakala lateks pukal kekal pada 439.0 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi tayar gred SMR 20 susut lima sen kepada 539.5 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 1.5 sen kepada 438.5 sen sekilogram. - BERNAMA