Beliau berkata, prestasi pasaran bagaimanapun disokong oleh penyusutan ringgit berbanding dolar AS.

Pada pukul 5 petang, ringgit berada pada paras 4.1830/1880 berbanding dolar AS.

“Pasaran juga kekal tidak menentu, ketika peserta pasaran sedang mencerna langkah bank pusat China yang menetapkan kadar pertukaran mata wangnya berbanding dolar AS secara harian,” katanya.

Dilaporkan Bank Rakyat China menetapkan rujukan kadar bagi yuan pada 6.9996 berbanding dolar AS yang rendah sedikit daripada jangkaan pasaran.

Sementara itu, pada masa berita ini ditulis, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan 0.22 peratus lebih rendah pada AS$58.82 (RM246.83) setong di tengah-tengah pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang semakin meruncing.

Pada pukul 12 tengah hari, harga fizikal rasmi di Lembaga Getah Malaysia bagi tayar gred SMR 20 naik 5.0 sen kepada 545.50 sen sekilogram, tetapi lateks pukal turun 3.5 sen kepada 440.00 sen sekilogram.

Harga penutupan tidak rasmi bagi tayar gred SMR 20 naik 1.0 sen kepada 542.00 sen sekilogram tetapi lateks pukal turun 4.0 sen kepada 438.50 sen sekilogram. - BERNAMA