Rangkaian hospitaliti itu berjaya menambah tiga kali ganda jumlah tetamu pada separuh tahun pertama 2019 dengan lebih dari 755,500 tetamu menikmati hospitaliti OYO di Malaysia.

Ketua OYO Malaysia, Tan Ming Luk berkata, kumpulan mempunyai misi untuk membina tempat tinggal berkualiti disokong oleh pelancong di Malaysia sama ada domestik dan antarabangsa.

“Kejayaan terkini di Malaysia dengan 10,000 bilik ketika kami meraikan kejayaan pertumbuhan yang menggalakkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Hari ini, OYO Hotels berkembang merentasi 40 bandaraya dan bandar di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Kelantan, Kuala Terengganu, Langkawi, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru dan Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE