Menurut syarikat itu, sebanyak 50 lokasi bakal dibuka dalam tempoh lima tahun akan datang dan 100 lokasi dalam 10 tahun.

Katanya, kerjasama jangka panjang telah ditandatangani dengan Eatmatrix Sdn. Bhd., anak syarikat PCA Group Sdn. Bhd. bagi lesen eksklusif untuk menguruskan, memiliki dan mengendalikan operasi kiosk Oldtown ONtheGO dalam runcit petrol di seluruh Malaysia bermula dengan cawangan BHP terpilih.

Kumpulan PCA ialah penyedia penyelesaian kejuruteraan pelbagai disiplin dan runcit sepenuhnya menyokong pelbagai sektor dan industri di seluruh dunia menerusi kerjasama strategik.

Kiosk Oldtown ONtheGO sudah bersedia untuk dilaksanakan tahun ini dengan menu, wajah dan suasana baharu serta model operasi dalam kedai dan pada masa yang sama memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka akan terus menikmati makanan dan minuman berkualiti yang sama di cawangannya. - BERNAMA