Peniaga minyak sawit, David Ng berkata, ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS turut menyokong permintaan terhadap komoditi itu.

“Bagaimanapun, jangkaan bahawa kadar pengeluaran mungkin meningkat dalam beberapa minggu akan datang telah mengehadkan kenaikan.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM2,050 dan paras rintangan pada RM2,150 satu tan,” kata Ng.

Pada pukul 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1860/1920 berbanding dolar AS daripada 4.1890/1920 semasa ditutup semalam.

Semasa dagangan ditutup hari ini, kontrak niaga hadapan MSM untuk Ogos 2019 meningkat RM3 kepada RM2,040 satu tan, September 2019 dan Oktober 2019 masing-masing naik RM2 kepada RM2,075 dan RM2,104 satu tan dan November 2019 menokok RM1 kepada RM2,131 satu tan.

Jumlah dagangan mengecil kepada 34,138 lot daripada 40,927 lot semasa ditutup pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 231,479 kontrak daripada 243,020 kontrak.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan naik RM10 kepada RM2,040 satu tan. - BERNAMA