Bagaimanapun, peniaga minyak sawit, David Ng berkata, permintaan dijangka didorong oleh unjuran peningkatan prestasi eksport dalam minggu-minggu akan datang.

Beliau mengunjurkan paras rintangan pada RM2,000 satu tan dan rintangan RM2,100 satu tan.

Sewaktu ditutup, kontrak bulan semasa Ogos 2019, September 2019 dan Oktober 2019 masing-masing susut RM2 kepada RM2,013, RM2,032 dan RM2,062 satu tan manakala November 2019 berkurangan RM3 kepada RM2,093 satu tan.

Jumlah dagangan merosot kepada 30,027 lot daripada 30,595 lot sewaktu ditutup pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 238,131 kontrak daripada 237,940 kontrak.

Di pasaran fizikal, Ogos Selatan tidak berubah pada RM2,010 satu tan. - BERNAMA