Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Norhalim Yunus berkata, pusat itu sebahagian daripada hab Industri 4.0 Centre of 9 Pillar (CO9P) MTDC akan menjadi kemudahan komersial bagi PKS untuk membangunkan lagi dan menyokong ekosistem teknologi.

“Kami kini bekerjasama dengan dua syarikat tempatan untuk membangunkan pusat pencetakan 3D itu.

“Inisiatif ini adalah sejajar dengan Pelan Tindakan Industri 4.0 atau Industry4WRD yang dilancarkan pada Oktober lepas untuk memacu transformasi digital dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan di Malaysia,” katanya pada sidang akhbar majlis jelajah Road2Growth 2019 di sini hari ini.

Berkenaan dengan komitmen MTDC untuk mengembangkan usahawan tempatan, Norhalim berkata, kerjasama berterusan dengan universiti tempatan dan pemain industri adalah penting kerana ia bertujuan untuk membantu usahawan tempatan mengguna pakai teknologi yang dibangunkan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh institusi tempatan.

“Kita juga mempunyai banyak syarikat teknologi tempatan yang mengeksport produk dan perkhidmatan mereka.

“Oleh itu, kami mahu terus mendedahkan syarikat teknologi ini dan universiti bagi menunjukkan sokongan kami kepada teknologi tempatan yang sama baiknya agar PKS tidak lagi mencari penyedia teknologi asing bagi menyelesaikan masalah mereka,” katanya. - BERNAMA