Beliau berkata minat yang ditunjukkan oleh pembeli yang berpotensi dari dua benua itu terhadap acara tahunan tersebut adalah menggalakkan sejak dua tahun lepas, yang sebahagiannya menyumbang kepada peningkatan sebanyak sembilan peratus dalam pembeli antarabangsa dan 7.5 peratus peningkatan dalam pesanan belian secara keseluruhan.

“Pembeli dari Amerika Utara naik sebanyak 53 peratus (pada MIFF tahun lepas),” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam di sini semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Industri Perabot dan Kayu Pulau Pinang Hendry Kong Wooi Keat.

Katanya, MIFF 2019 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Mac mencatatkan sebanyak 20,000 pengunjung dari 130 negara dan meraih jualan sebanyak AS$1.01 bilion (RM4.22 bilion).

“Bagi menarik lebih ramai pembeli pada masa akan datang, pengeluar perabot kita perlu bekerja lebih keras supaya kita dapat menawarkan lebih banyak produk baharu dan pelbagai,” katanya, sambil menambah MIFF 2020 akan turut diadakan di PWTC dan MITEC antara 6 dan 9 Mac tahun depan.

Ia merupakan pameran perabot yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Tan berkata peserta pameran di MIFF mempunyai peluang menjadi yang pertama untuk mempamerkan produk baharu dan koleksi terkini mereka kepada pembeli antarabangsa yang datang ke rantau ini untuk mendapatkan stok baharu. - BERNAMA