Dalam satu nota penyelidikan hari ini, ia berkata, pada separuh pertama 2019, purata pertumbuhan IPP adalah sebanyak 3.3 peratus dari tahun ke tahun.

“Sektor pembuatan, yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada IPP, dijangka berprestasi sederhana pada separuh kedua 2019 di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang semakin meningkat dan mampu menjejaskan keseluruhan prestasi IPP tahun ini.

“Pertumbuhan IPP Malaysia pada Julai 2019 adalah sebanyak 1.2 peratus dari tahun ke tahun, kadar pengembangan terendah di bawah angka asas 2015 disebabkan oleh penurunan 8.4 peratus dari tahun ke tahun dalam output perlombongan,” katanya.

Sementara itu, MIDF Amanah berkata, output pengeluaran serta elektrik, masing-masing naik 4.0 peratus dan 2.0 peratus dari tahun ke tahun.

“Melangkah ke hadapan, kami meramalkan bahawa IPP akan terus berkembang pada kadar yang stabil dalam separuh kedua 2019,” katanya. - BERNAMA