Pada 2018, pelaburan yang diluluskan bagi industri E&E adalah bernilai RM11.2 bilion dan menyediakan 11,180 peluang pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azman Mahmud berkata kehadiran syarikat multinasional (MNC) utama dan firma milik Malaysia menyumbang kepada pertumbuhan kukuh industri berkenaan di negara ini.

“Bagaimanapun, ini bergantung kepada situasi global. Diharapkan, kita tidak akan mengalami lagi sebarang kesukaran besar di dalam pasaran global,” katanya kepada pemberita semasa taklimat media mengenai Pameran SEMICON Asia Tenggara 2019 di sini, hari ini. -BERNAMA