MIDA dalam Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2018 yang dikeluarkan baru-baru ini berkata salah satu cara untuk merapatkan defisit dalam akaun semasa perniagaan perkhidmatan adalah dengan mengurangkan pergantungan kepada perkhidmatan asing dan mengeksport perkhidmatan tempatan ke pasaran global.

Agensi kerajaan itu mengalakkan pembekal perkhidmatan tempatan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dalam portal berkenaan bagi menjadi lebih nyata dan boleh diakses oleh bakal pelanggan mereka.

Katanya, portal itu mempunyai tiga objektif utama yang merangkumi bantuan untuk para pelabur mencari penyedia perkhidmatan tempatan, mempromosi serta menggalakkan penggunaan pembekal perkhidmatan domestik bagi projek-projek pelaburan, termasuk memudahkan sambungan kepada program-program yang dianjurkan MIDA atau agensi-agensi lain. - BERNAMA