Pengarah Eksekutif dan Ke­tua Pegawai Eksekutif Metronic, Brian Hoo Wai Keong berkata, ia akan mempertingkat imej reputasi kumpulan dari segi jenama dan komitmen.

Katanya, Metronic akan menyumbang dengan penuh bangga sebagai sebahagian daripada mercu tanda negara ini yang menggambarkan Malaysia kepada dunia.”

“MESB terlibat terutamanya dalam perniagaan menyediakan integrasi sistem yang khusus dalam bidang sistem pintar pengurusan bangunan, sistem pengurusan keselamatan bersepadu dan sistem audio visual, pengurusan e-projek perkhidmatan mekanikal dan elektrik dan pembekalan sistem kejuruteraan.

“Tarikh permulaan bagi kerja subkontrak telah bermula pada 13 Jun 2019 dan bakal siap pada 14 Disember 2020. Tiada risiko ketara yang boleh dijangka selain daripada risiko operasi yang berkaitan dengan projek dalam tempoh kontrak ini,” katanya dalam kenyataan di sini. Pembinaan bangunan Merdeka PNB 118 kini berada pada landasan tepat untuk disiapkan mengikut tempoh masa ditetapkan.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum ini melaporkan projek pembinaan bangunan setinggi 118 tingkat ketika ini sudah sampai aras ke-75. Merdeka PNB 118 dibangunkan di kawasan Stadium Merdeka seluas 5.6 hektar.

Menara itu yang terdiri dari 118 tingkat itu merangkumi 83 tingkat untuk ruang pejabat, 16 tingkat untuk hotel mewah, tiga tingkat dek pemerhatian dan 16 tingkat ruang kemudahan dan lobi langit.

Selain dari menara Merdeka PNB 118, pengurus dana terbesar di Malaysia itu juga mempunyai projek PNB 1194 iaitu projek pembangunan di atas bekas ibu pejabat Malaysia Airlines Bhd. di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang dijangka siap 2021.