Menerusi kemudahan itu, teknologi AR ModiFace kini ditawarkan kepada pelanggan di seluruh Asia menerusi kemudahan mudah alih mereka.

ColourMe adalah perkhidmatan mencuba secara maya yang kini boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih Watsons menyediakan peluang kepada pelanggan untuk mencuba lebih 300 produk mekap termasuk gincu, maskara, pembayang mata, pewarna kening dan bedak asas secara maya.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, keputusan pelanggan untuk membuat pembelian telah berubah dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan mereka kini lebih mahir teknologi.

“Pendigitalan dalam perjalanan pengalaman pelanggan menerusi kerjasama kami dengan #Colourme L’Oreal merupakan contoh sempurna bagaimana kami membiarkan mereka berhubung terus dengan jenama L’Oreal yang memperkasakan mereka untuk membuat keputusan pembelian yang lebih baik,” katanya pada majlis pelancarannya semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia dan Singapura, Malek Bekdache berkata, teknologi akan menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menarik dan peribadi kepada pelanggan.

“Pelanggan di Malaysia berpeluang untuk merasai pengalaman mencuba mekap secara maya yang mengujakan ini daripada jenama kami Maybelline dan L’Oreal Paris dan mengunakan cara baharu untuk membeli-belah,” katanya.

Dengan menggunakan aplikasi itu, pengguna boleh mencuba trend mekap yang dicadangkan, mencipta dan menjimatkan masa dalam menentukan solekan sesuai bagi wajah mereka serta merakamkan gambar dan video bagi mekap mereka.

Produk yang dikaitkan dengan setiap solekan wajah boleh dihantar ke ruangan halaman utama beli-belah atau mengambilnya daripada kedai Watson setempat pelanggan dalam tempoh masa paling cepat empat jam. - BERNAMA