Pengarah E-Dagang MDEC, Song Hock Koon berkata, sasaran itu dapat dicapai menerusi usaha kerajaan dalam membangunkan Pelan Strategik Strategi E-Dagang Nasional menerusi kerjasama de­ngan pemain industri tempatan.

Menurut beliau, antara objektif MDEC adalah untuk menggalakkan pembabitan rakyat Malaysia dalam ekosistem digital kerana ia akan membantu mempercepatkan penggunaan e-dagang secara mampan dan kos efektif.

“Sebelum kerajaan terlibat secara serius dalam sektor e-dagang unjuran pertumbuhan tahunan adalah sekitar 10.8 pe­ra­tus. Pertumbuhan bagaimanapun meningkat selepas kerajaan memainkan peranan yang lebih besar termasuk melaksanakan pelbagai program yang dapat memacu pertumbuhan dan penggunaan e-dagang.

“Kami bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk swasta untuk mengetahui apakah idea mereka terhadap e-dagang. Dari situ kami mendapat input bermanfaat dan diterjemahkan melalui perancangan startegik,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen 9.9 Super Shopping Day di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Bahagian Perniagaan Shopee, Zed Li.

Sementara itu, Li berkata, kempen 9.9 Super Shopping Day menjanjikan promosi hebat dan hiburan menarik selama tiga minggu bermula 19 Ogos hingga 9 September.

Katanya, kempen tersebut membawakan tawaran dan diskaun menarik meliputi pelbagai kategori termasuk jenama antarabangsa seperti Nutox, HP, L’Oreal, Vinda, Photobook Malaysia, Realme, Enfagrow, Universal Traveller, MR. D.I.Y dan Nestle.

“Shopee turut menurunkan perbelanjaan minimum untuk penghantaran percuma kepada RM9. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh kempen berlangsung adalah Jualan Kilat Shocking Sale sebanyak sembilan kali sehari dengan tawaran serendah RM1, Pek Baucar Hebat RM9.90 dan One or Not,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shopee me­ngumumkan pemain bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo sebagai duta baharunya. Beliau akan membintangi iklan televisyen 9.9 yang akan disiarkan di tujuh pasaran Shopee di rantau ini.