Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank, Shahril ­Azuar Jimin berkata, pihaknya juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) de
ngan Muzium Negara ­Singapura, ­institusi Lembaga Warisan ­Negara (NHB) Singapura.

Katanya, Yayasan Maybank dan Muzium Negara Singapura akan bekerjasama mempromosikan seni, budaya dan warisan Asia Tenggara termasuk seni tenunan tekstil Asia Tenggara.

“Antara aktiviti kerjasama yang berpotensi adalah pameran dan pemasangan, penganjuran pameran serta bidang penyelidikan, penerbitan, perkongsian maklumat dan teknologi.

“Pameran seni kali ini menghimpunkan koleksi karya se­ni enam artis kontemporari Asia Tenggara selepas mereka ­menamatkan residensi jangka pendek di pusat-pusat tenunan dengan Women Eco-weavers Maybank di rantau ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Program Women Eco-weavers Maybank antara program utama Yayasan Maybank bagi menyokong kehidupan penenun melalui latihan, bina upaya dan pembiayaan mikro.

Ia bermula sejak 2016, satu inisiatif yang membawa bersama warisan ASEAN melalui seni purba tenunan tekstil untuk mewujudkan industri tenunan yang mapan.

Diiktiraf di peringkat ASEAN sebagai program meng­galakkan tekstil global dengan cara yang mapan, ia turut merangsang kebebasan ekonomi dan rangkuman kewangan untuk penenun wanita di seluruh rantau ASEAN.