MoU yang membabitkan kedua-dua syarikat saling be­kerjasama melaksanakan percubaan 5G dengan sistem dan perkhidmatan serba lengkap, dimeterai pada acara Kongres Mudah Alih Dunia 2019 yang sedang berlangsung di Barcelona.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif baharu Maxis, Gokhan Ogut berkata, syarikat itu sudah lama memulakan perjalanan teknologi 5G menerusi percubaan secara langsung, pelaburan serta mempertingkat infrastruktur rangkaiannya agar dapat disesuaikan

GOKHA OGUT
GOKHA OGUT 

dengan penyelesaian pintar yang akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

“Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan rakan lama, Huawei bagi menjalankan sesi percubaan 5G serta sekali lagi muncul sebagai pe­rintis membawa teknologi terkini ke Malaysia.

“Malah, di Maxis, kami berupaya mengekalkan kedudukan sebagai peneraju rangkaian dari segi kelajuan, kualiti dan prestasi di Malaysia dan teruja untuk menyediakan inovasi terbaik 5G baik kepada pengguna mahu pun perniagaan pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Michael Yuan menyifatkan kerjasama itu sebagai bukti komitmen kedua-dua syarikat terhadap masa depan 5G di negara ini.

“Sebagai peneraju penyedia infrastruktur ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dunia, Huawei juga komited untuk memperluas sempadan perniagaan serta meninjau saluran bagi pertumbuhan baharu berteraskan produk 5G kami yang mudah, serba lengkap dan menepati semua jenis keadaan,” katanya. – BERNAMA