Dibangunkan dengan keupayaan Maxis di peringkat dalaman, Rangkaian AI itu dibina menerusi infrastruktur sedia 5G dengan jejak gentian optik kepada stesen pangkalan mudah alih di seluruh negara.

Ketua Pegawai Teknologi Morten Bangsgaard berkata, Rangkaian AI Maxis itu mengoptimumkan sendiri trafik data dan membaiki sendiri bahagian yang berpotensi menghadapi gangguan.

“Menerusi 5G dan gentian yang dijangka menjadi sebahagian daripada gaya hidup digital yang semakin berkembang, rangkaian pintar akan bekerja keras untuk kami, jadi kami boleh memberi tumpuan dengan menyediakan pengalaman terbaik kepada pelanggan.

“Rangkaian AI ini merupakan bukti tumpuan kami untuk membina kebolehan dan menggalakkan kakitangan menjadi sebahagian besar daripada perjalanan yang menggembirakan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk makluman lanjut mengenai Rangkaian A.I. , layari www.maxis.com.my/AINetwork. - BERNAMA