Mavcom dalam kenyataannya berkata, AirAsia dan AirAsia X didapati melanggar subperanggan 3(2) Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) yang mensyaratkan pendedahan harga akhir tambang udara.

"Suruhanjaya itu sudah memantau pematuhan peruntukan baharu MACPC itu sejak Jun 2019.

"Dalam proses untuk menentukan sama ada pelanggaran dilakukan, Mavcom mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kedua-dua syarikat penerbangan itu untuk membolehkannya menunjukkan faktor dalam menentukan jumlah penalti," katanya di sini hari ini.

Seksyen 69(4) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771] bersama perenggan 22 MACPC memberikan kuasa kepada Mavcom untuk mengenakan penalti kewangan kerana gagal mematuhi MACPC dengan jumlah tidak melebihi RM200,000 dan bagi pelanggan kedua dan seterusnya, jumlahnya adalah 10 kali ganda penalti kewangan yang dikenakan pada pelanggaran pertama.

Selepas menilai dan menimbang representasi bertulis oleh syarikat penerbangan itu, suruhanjaya mengenakan penalti ke atas pelanggan petama subperanggan 3(2) Akta MACPC bagi tempoh 1 Jun 2019 hingga 9 Ogos 2019.

MACPC berkuat kuasa pada 1 Julai 2019 dan disiarkan selari matlamat Mavcom untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna.

Sementara itu, Mavcom juga mendenda RM1,179,889 ke atas Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (MA Sepang), anak syarikat Malaysia Airports Holdings Bhd. kerana gagal memenuhi bebrapa syarat Kerangka Kerja Perkhidmatan Berkualiti Lapangan Terbang (QoS) dari Januari hingga Mac 2019.

Rangka Kerja QoS Airports memula dilaksana di KLIA dan KLIA2 pada 1 September 2018 untuk meningkatkan tahap perkhidmatan lapangan terbang kepada pengguna termasuk penumpang, syarikat penerbangan dan pengendali darat.

Menurut seksyen 98A (3) (b) Akta 771, Suruhanjaya diberi kuasa untuk mengenakan jumlah yang tidak melebihi lima peratus daripada perolehan tahunan MA Sepang. - BERNAMA