Matrade dalam kenyataannya berkata, EAM secara khususnya diwujudkan untuk membantu syarikat Malaysia memanfaatkan peluang yang luas dalam sektor O&G dan tenaga di Nigeria dan Ghana.

Katanya, ia akan dianjurkan di Abuja, Nigeria mulai hari ini hingga Rabu depan dan di Accra, Ghana dari Rabu hingga Jumaat depan.

Pengarah Minyak dan Gas, Kimia dan Tenaga Matrade, Jai Shankar berkata, EAM akan membantu meningkatkan minat dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (SME) Malaysia dalam sektor minyak dan perkhidmatan gas serta peralatan (OGSE) untuk meneroka peluang di Afrika.

Menurutnya, benua itu berpotensi untuk menjadi benua pengeluar minyak utama pada masa depan.

“Misi khusus itu sesuai untuk syarikat-syarikat Malaysia yang mencari pasaran khusus dan pasaran pertumbuhan tinggi untuk meningkatkan pendapatan eksport mereka.

“Selain itu, kebarangkalian PKS untuk mendapatkan projek dan membuka operasi di pasaran membangun adalah lebih tinggi,” katanya. - BERNAMA