Ketua Eksekutif MATA Aerotech, Wan Azrain Adnan berkata, kerjasama itu adalah selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) selain daripada memperkukuh komitmen Felcra untuk meningkatkan pencapaian organisasi serta menambah-baik kualiti hidup warganya.

“MoU tersebut menggariskan tiga aspek kerjasama utama iaitu penggunaan teknologi dron dan robotik untuk pengurusan serta operasi perladangan Felcra, penerajuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan inovasi sektor pertanian dan pembangunan modal insan untuk industri teknologi dron dan robotik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Mohd Nazrul Izam Mansor dan Wan Azrain sambil disaksikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Felcra, Datuk Mohamad Nageeb Ahmad Abdul Wahab. -UTUSAN ONLINE

Analisa data yang disediakan oleh teknologi dron membantu menambah-baik prestasi pengurusan ladang dengan memiliki maklumat ladang terkini. Penggunaan teknologi dron akan dapat meningkatkan hasil tanaman dengan pemetaan ladang yang tepat dan pantas serta dapat menganalisa kualiti dan kesihatan tanaman.

MATA Aerotech ialah sebuah organisasi ulung berteraskan teknologi dron dan robotik, yang merupakan syarikat usahasama di antara syarikat Malaysia dan Taiwan, iaitu Nexus Union, SWS Capital Berhad serta GEOSAT Aerospace & Technology Inc. Ini adalah hasil fasilitasi dan pemadanan yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan, menerusi Biro Pembangunan Industri (IDB) Taiwan dan Institut Industri Maklumat (III) Taiwan.

MATA Aerotech memiliki kepakaran serta pengalaman yang mendalam, bersandarkan teknologi dron dan robotik yang dibina sejak 2009. MATA Aerotech terlibat di dalam pelbagai aktiviti, termasuklah – penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan pemasangan, pengujian, latihan, perkhidmatan serta analisa data.

MoU tersebut menggariskan tiga aspek kerjasama utama, iaitu: penggunaan teknologi dron dan robotik untuk pengurusan serta operasi perladangan FELCRA, penerajuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan inovasi sektor pertanian, dan pembangunan modal insan untuk industri teknologi dron dan robotik.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan MoU ini mampu memberi impak langsung yang positif kepada FELCRA. Analisa data yang disediakan oleh teknologi dron membantu menambah-baik prestasi pengurusan ladang dengan memiliki maklumat ladang terkini. Penggunaan teknologi dron akan dapat meningkatkan hasil tanaman dengan pemetaan ladang yang tepat dan pantas serta dapat menganalisa kualiti dan kesihatan tanaman.