Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pada masa ini negara hanya mengeksport sebanyak tujuh peratus bagi pasaran luar negara.

“Saya menyeru penternak ayam supaya mengusahakan secara berskala besar dan mempunyai perancangan besar,” katanya semasa berucap merasmikan kilang pemprosesan ayam pedaging Kumpulan HyFresh di Pedas Halal Park di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hasan; Pengerusi Kumpulan HyFresh, Datuk Mohd. Tahir Picho dan pengasasnya, Datuk Seri Pua Tian Siong.

Kilang yang mula beroperasi pada akhir tahun lalu mempunyai kemudahan penyembelihan dan mampu memproses sebanyak 150,000 ekor ayam sehari.

Kumpulan HyFresh membekalkan ayam bagi pasar raya seperti NSK, Tesco, Giant dan Econsave dan pembekal utama kepada restoran makanan segera, KFC dan Ayamas. - UTUSAN ONLINE