India, pengimport minyak sayuran yang terbesar di dunia minyak sayuran menjelaskan dalam kenyataan kerajaannya bahawa ia akan menaikkan cukai ke atas minyak sawit keluaran Malaysia daripada 45 peratus kepada 50 peratus sehingga 2 Mac 2020 bagi membendung import dan meningkatkan penapisan domestik.

Negara itu telah mengenakan cukai import sebanyak 40 peratus ke atas MSM dan 50 peratus ke atas minyak sawit yang ditapis tetapi di bawah perjanjian dengan Malaysia, mulai Januari lepas, penghantaran minyak sawit yang ditapis dari Malaysia telah dikenakan cukai sebanyak 45 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Datuk Kalyana Sundram berkata, India telah mengimport sejumlah besar minyak sawit keluaran Malaysia dalam beberapa bulan terakhir disebabkan oleh cukai yang lebih rendah pada separuh pertama 2019, import melonjak 727 peratus daripada tempoh yang sama tahun sebelum ini.

“Disebabkan perbezaan cukai, kami meramalkan MSM akan mula mencari jalan ke dalam pasaran India sekarang. Pengimport India akan memulakan langkah pertama,” kata beliau kepada pemberita semasa karnival “Sayangi Minyak Sawit Saya” yang dianjurkan oleh MPOC dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin).

Karnival itu telah dilancarkan oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydeen.

Kalyana berkata, peningkatan duti import akan mewujudkan persaingan yang lebih adil ke atas minyak sawit Indonesia, yang dilihat akan menjejaskan penguasaan pasaran minyak tapis Malaysia pada bulan akan datang.

Bagaimanapun, beliau menambah MSM Malaysia masih berpeluang memandangkan komoditi itu masih bebas cukai dan akan terus diimport oleh penapis India. - BERNAMA