Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, peningkatan TIV itu disumbangkan oleh kenaikan dalam segmen kenderaan penumpang sebanyak 3.8 peratus atau 9,952 buah.

Beliau berkata, bagaimanapun segmen kenderaan komersial mencatatkan penurunan sebanyak 11.2 peratus atau 3,217 buah pada enam bulan pertama tahun ini.

"Jualan pada bulan Mei merupakan yang tertinggi dalam tempoh di bawah semakan dengan jumlah 60,780 buah.

"Prestasi itu dipacu oleh peningkatan kukuh permintaan kenderaan hasil daripada promosi pra-hari raya dan tawaran-tawaran lain oleh ahli MAA," katanya dalam sidang akhbar di sinj hari ini. -UTUSAN ONLINE