Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, pihaknya berbanggga menerima anugerah berkenaan dan mendedikasikannya kepada kakitangan Malaysia Airlines yang telah memberi fokus kepada penyampaian pengalaman perjalanan bertaraf dunia kepada penumpang syarikat penerbangan berkenaan.

“Anugerah ini mengiktiraf beberapa perkembangan positif yang telah kami lancarkan sejak dua tahun lalu termasuk pesawat baharu, produk dan inovasi digital.

“Ini adalah bukti komitmen kami untuk menawarkan penumpang pengalaman hebat di udara dan di lapangan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE