Pengerusi MAHB, Tan Sri Zainun Ali berkata, masjid yang dijangka siap pada penghujung tahun ini dapat memuatkan sehingga 2,800 jemaah.

“Pembinaan masjid ini merupakan satu pencapaian dalam usaha kami mewujudkan nilai di lapangan terbang, bukan sahaja untuk kemudahan dan keselesaan komuniti lapangan terbang tetapi juga penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Upacara pecah tanah bagi pembinaan masjid itu diadakan semalam, menandakan bermulanya projek yang melibatkan kawasan binaan seluas 2,035 meter persegi.

Tahun lepas SGIA merekodkan 34.1 juta pergerakan penumpang, peningkatan sebanyak 8.8 peratus berbanding 2017, menjadikannya lapangan terbang kedua terbesar di Turki serta ke-12 terbesar di Eropah dari segi jumlah penumpang. - BERNAMA