Menurut Fitch Ratings, antara faktor lain termasuk penyatuan fiskal tidak mencukupi atau penghabluran liabiliti luar jangka di samping kekurangan peningkatan standard pentadbiran.

Agensi penarafan itu berkata, kedudukan relatif fiskal yang lemah akan memberi impak kepada profil kredit, pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) melemahkan lagi konsolidasi fiskal.

Katanya, tekanan politik dan halangan pertumbuhan boleh mendorong kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan semasa, tetapi Fitch percaya jika ia dilaksanakan pendapatan tambahan atau jualan aset boleh membendung kenaikan defisit dan hutang awam.

“Kejelasan yang lebih besar diberikan oleh kerajaan pada tahun lepas pada liabiliti luar jangka yang negatif mempengaruhi nisbah hutang, tetapi ini diimbangi sebahagiannya oleh ketelusan fiskal yang bertambah baik.

“Jualan aset yang ketara seperti yang dirancang oleh kerajaan boleh menyebabkan penurunan yang lebih cepat dalam stok hutang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fitch mengesahkan penarafan kemungkiran penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada A- dengan tinjauan stabil.

Ia didorong oleh pengekalan eksport yang pelbagai berbanding hutang awam yang tinggi dan beberapa faktor struktur yang ketinggalan seperti petunjuk tadbir urus yang lemah berbanding negara lain.

Fitch menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia sedikit perlahan sepanjang tahun ini akibat daripada persekitaran luar yang semakin teruk, dengan jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.4 peratus pada 2019 dan 4.5 peratus pada 2020.

Bagaimanapun, prospek pelaburan swasta adalah tidak menentu. Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) kukuh dalam beberapa suku lepas, tetapi pelabur akan terus menghadapi kedua-dua perdagangan luar dan ketidaktentuan politik domestik.